P e n g e n a l a n

Blog ini menghimpunkan karya-karya tulisan pelajar dari dua sekolah hebat dari dua negara iaitu SMKA Sultan Azlan Shah Seri Iskandar (Sekolah Kluster Kecemerlangan), Perak dan SMA Muhammadiyah 1 Yogyakarta, Indonesia. Semoga anda beroleh manfaat darinya...

10 Feb 2012

SYUKRAN YA USRATY


NUKILAN:MARYAM JAMELLAH NOH(5S)

Berat mataku,bagai ada batu-batu yang digantungkan di kelopak mata ini.Terasa sakit yang menyucuk-nyucuk bagai dirobek-robek dengan pisau,sakit yang teramat banyak terasa bisanya di bahu kiriku sehingga merangsang mutiara-mutiara jernih di mataku laju turun melembabkan pipi yang penuh dengan debu-debu.Aku menongkat langit bumi anbia.Memaksa otakku bekerja keras ,berlari ligat mencari kebenaran.Kesakitan tadi merangsang reseptor neutron aferan menghantar impuls ke saraf pusat.Dari system saraf pusat menghantar impuls melalui neutron eferan ke efektor dan memori pahit itu ligat menari di kotak mindaku sebagai tindak balas dari rangsangan itu.

Lambat angin padang pasir menampar pipiku.Bagai sudah biasa dengan mayat-mayat yang bergelimpangan.Sekali-sekala ekor mataku ligat memandang kanak-kanak sebayaku mengutip cebisan-cebisan manusia yang mati di bom pagi tadi oleh tentera Amerika yang kejam,zalim dan melampau.Kanak-kanak lelaki pula sibuk memegang senapang menunjukkan kebencian yang melampau.

Aku mungkin sudah biasa dengan panaroma ini.Sejak dilahirkan aku sudah ditanam dengan perasaan benci pada penjajah.Atau memang sudah ditentukan marcapada bumi anbia ini takkan sebebas camar diangkasa?Sudah padam rasanya keinginan di hati ini untuk mengecapi kemerdekaan yang tinggal hanyalah api yang menyala-nyala untuk membakar semua lasykar durjana itu.Hormon adrenalina merembes dengan banyak.Jantungku pantas berdegup menggenggam tangan yang terasa ringan.



Tiba-tiba kereta kebal megah menuju kearah kami.Mengacukan meriam yang kalau sekalipun ditembak sekali maka pasti tiada berjumpalah isi dengan tulang-tulang.Syhaheed laju lari melempar sebutir bom dengan laungan kebanggaan”Allahu Akbar!Allahu Akbar!Allahu Akbar!”.Aku memejam mataku sedia menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang bakal terjadi.Bayangkan bom yang sebutir itu,mana mungkin membunuh kereta kebak kebanggaan mereka.

“Smixs,lari!”Syhaheed menerpa dan terus memeluk aku.Perkara yang mengagumkan ,kebesaran Allah terus kau kagumi bertambah-tambah kekaguman aku atas kebesaran tuhan yang sentiasa membantu umat yang lemah.

“Ummi,Abi kereta kebal meletup.Syaheed lempar bom tangan!”aku menceritakan pada ummi dan abi dengan bangga.Ummi dan abi hanya tersenyum .Kadang-kadang aku cemburu.Cemburu pada mereka yang sebayaku.Mungkin mereka sekarang lena dengan diulit mimpi berselimutkan gebar yang gebu berbantalkan bantal yang enak dan tilam yang empuk.

Tapi aku,aku hanya berbantalakan lengan,diselimuti ketakutan yang dicengkam oleh kuku-kuku besi dan tilam pepelap tamat yang menyakitkan.Tidur malamku tidak pernah lena.Mimpi-mimpi menakutkan acap kali datang menziarahiku.Ukhti dan akhi sudah lama meninggal.Agaknya pengalaman-pengalaman inilah yang memotongkan aku lebih berganda-ganda dan umurku yang sebenar.Aku pasrah.

“Smsix,Smsix,bangun!” Ummi kelam kabut mengejutku.Aku hairan,namun langkahku tetap menuruti ummi.Abi dating memelukku,mencium dahiku dan membisikkan kalimah bagai…tidak…tidak…tak mungkin amanat terakhirnya.”Ya Allah,jauhilah aku dari berprasangka buruk”. Aku dan syaheed bergegas membuntuh ummi.Pelbagai prasangka cuba aku tepis.

“Allah!”Langkah kami terhenti.Tindakan refleks itu membuatkan abi menjerit.”Lari,lari,selamatkan diri antum semua,Allah!” Abi menjerit kesakitan.Pandanganku ngeri.Kepala abi berlumuran darah .Akhirnya cita-cita abi untuk mati syahid tercapai.Abi syahid,syahid diatas tanah kelahirannya sendiri.Langit dan pasir-pasir menjadi saksi.Mentari yang galak bersinar diselindungkan akan sedih,melihat mayat yang bergelimpangan.

Belum pun lelah kami berlari,tiba-tiba ummi terduduk,memegang dada kirinya.Darah membuak-buak bagai air terjun.Terjelopok ummi mengikut jejak langkah abi.Berkejaran laskar binatang kearah mayat ibu.Aku dan Syaheen selamat di tempat perlindungan mencuri lihat mayat ummi yangdiperlakukan bagai binatang.Baju ummi ditanggalkan ummi diseksa.Syaheed bagaikan disuntik semangat baru merempuh askar-askar binatang.Aku hanya mampu melihat,menitiskan air mata.Bersedia untuk kehilangan satu-satunya akhuwat yang tinggal.

Syaheed ditembak.Berdas-das peluru menembusi tubuh gagahnya.Bagaikan singa yang kelaparan,umpama melihat bidadari-bidadari syaheeed menerpa.Akhirnya Syaheed syahid di medan jihad mempertahankan maruah umminya.Askar-askar yang tidak berperikemanusiaan it uterus merobek-robek mayat Syaheed sehingga tulang-tulang pertih yang terselindung di balik kulit-kulitnya tersatah.Darah Syaheed dan ummi bergabung,tumpah dan bercampur menyiram padang pasir yang kontang agar tumbuh subur mekar di hati pejuang-pejuang melihat darah it uterus berjuang Fisabillillah.

No comments:

Post a Comment