NUKILAN:FADHLIN SAKINA BT TERMIZI
Syamimi melepaskan pandangannya ke
arah kenderaan yang bertali arus di hadapan apartment dengan berat.Dia
terkenang kembali kisah silamnya yang penuh dengan dosa.
“Mimi cubalah pakai tudung ,sopan
sikit,kamu kan perempuan.Mak ini dah tua.Mimi bila mak dah tiada nanti siapa
yang nak nasihatkan kamu lagi”tutur Mak Imah diselangi dengan batuk.
“Ish,mak ni tak ‘sporting’lah,cuba tengok
Sofia mak dia tak kisah pun padahal perangai dia lagi teruk dari Mimi,lagipun
inilah pakaian zaman sekarang.Mimi tak nak jadi kolot macam mak.Sudahlah
mak,Mimi nak keluarlah ‘tension’duduk dalam rumah buruk ini,”balas Mimi.
“Mimi,kamu akan hadapi SPM tahun
ini,kalau kamu tak nak jadi macam mak,kamu berusaha lah dari sekarang.Kalau
tidak kamu juga yang menyesal nanti.Nasihat Mak Imah dengan penuh lemah-lembut.Walaupun
hatinya terguris dengan percakapan Symimi sebentar tadi.
“Mak,boleh tak kalau mak tak
membebel,eee…Mimi dah naik menyampahlah.”balas Mimi sambil melangkah keluar
dari rumah.Hampir terjelepok Mak Imah mendengar percakapan Mimi.Dia bagaikan
tidak percaya dengan apa yang didengarnya sebentar tadi.
“Assalamualaikum,hari ini saya ada
berita baik iaitu tempat Ustaz Kamal yang baru berpindah ke Pahang akan
digantikan oleh ustaz baru dari Kedah,namanya Ustaz Adam.”
“Eee…bencinya aku,baru sahaja si
Kamal itu pindah,sudahlah ganti dengan ustaz baru,apa nama dia?Adam ya,tengoklah,aku
akan buat dia pindah macam aku buat pada si Kamal dulu.”kata Mimi kepada Sofia.
“Ha a’ah lah, nanti mulalah berleter
panjang macam khutbah Jumaat pulak,mak aku pun tak kisah kalau aku pakai tudung
warna rambut”balas Sofia.
“Kau untunglah Sofia,mak kau
‘sporting’, mak aku ee… benci betul aku dekat orang tua itu asyik membebel 24
jam, kolot betul”, kata Mimi kepada Sofia.
“Kalau macam itu, apa kata balik
sekolah ini, kita singgah ‘shopping complex’ lepas itu kita belikan mak kau
hadiah, jadi lepas ini mesti mak kau tidak kisah dah!” cadang Sofia.
“Tapi Sofia aku mana ada duit nak
beli hadiah, duit belanja yang dia bagi pada aku pun tidak cukup, harapkan duit
yang Zack bagi pada aku sajalah” balas Mimi kembali.
“Rilekslah, aku kan ada kalau
setakat RM 500 itu, senang saja” , ucap Sofia.
Pulang dari sekolah, Syamimi membawa
sehelai baju kurung dan seutas rantai tangan untuk dihadiahkan kepada Mak Imah.
“Mak oo…mak, tengok ini apa yang
Mimi bawak balik”, tutur Mimi lembut.
“Ish, mana pula orang tua ini,” bisik
hati kecilnya.
Tiba-tiba dia ternampak sekujur
tubuh yang kaku sedang
terbaring di atas sejadah dan terdapat sepucuk surat
untuk Mimi di sebelah itu.
Mimi lantas membuka surat itu.
“Ke hadapan sayangku Intan Syamimi,
Maafkan mak kerana tidak mampu memberikan
kemewahan kepada Mimi.
Sebenarnya Mimi, mak menghidapi
kanser paru-paru.Mungkin inilah balasan Allah terhadap mak, kerana untuk
pengetahuan Mimi dahulu mak juga berperangai seperti Mimi, berpakaian seperti
Mimi dan mak juga merokok.Mimi, sebenarnya, maklah yang meninggalkan ayah kamu
bukan ayah kamu yang meninggalkan mak.Mak redha dengan semua dugaan ini, tapi
mak amat berharap agar Mimi dapat mengubah perangai Mimi sebab mak tidak mahu
Mimi menjadi seperti mak.Semoga Mimi berjaya di dunia dan akhirat.
Perlahan-lahan air mata Mimi gugur.
“Mak jangan tinggalkan Mimi,mak!,
jerit Mimi sepuas hati sambil merangkul tubuh kaku ibunya.
Salam sayang dari ibumu,
Sarimah Salim
Seminggu kemudian, Sofia dimasukkan
ke dalam unit kecemasan kerana dikenalpasti menghidap HIV positif.Tergamam
Syamimi mendengar berita itu.Dia turut bersimpati dengan Sofia walaupun dia
sudah tidak rapat dengan Sofia selepas kematian ibunya.
“Mimi, saya ucapkan takziah atas
kematian ibu awak,saya turut bersimpati dan saya harap awak tabah menghadapi
dugaan ini”,ujar Ustaz Adam yang agak rapat dengan Syamimi selepas kematian
ibunya.
“Saya minta maaf ustaz kerana dahulu
saya salah faham dengan ustaz”, kata Mimi kapada Ustaz Adam.
“Tidak mengapa Mimi semua orang
melakukan kesalahan yang penting awak teruskan perubahan awak dan berusaha
bersungguh-sungguh dalam SPM”, balas Ustaz Adam.
“Sudahlah Mimi, sampai bila lagi
kamu mahu meratapi pemergian ibu kamu itu.Kamu doakanlah semoga roh ibu kamu
ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman”, ujar Ustaz Adam.
Kring,kring,kring.Lamunannya
terhenti.

No comments:
Post a Comment