P e n g e n a l a n

Blog ini menghimpunkan karya-karya tulisan pelajar dari dua sekolah hebat dari dua negara iaitu SMKA Sultan Azlan Shah Seri Iskandar (Sekolah Kluster Kecemerlangan), Perak dan SMA Muhammadiyah 1 Yogyakarta, Indonesia. Semoga anda beroleh manfaat darinya...

10 Feb 2012

CINTA ATAU SUKA



Di depan orang yang kita cinta,hati akan berdegup kencang,tapi
Di depan orang yang kita suka,kita akan gembira,
Di depan orang yang kita cinta,musim sentiasa berbunga-bunga tapi
Di depan orang yang kita sukai,musim sentiasa berangin,
Jika dilihat di dalam mata orang yang disukai,kita akan tersenyum,
Di depan orang yang dicintai,lidah kelu untuk berkata tapi,
Didepan orang yang disukai,lidah akan berkata apa sahaja
Didepan orang yang dicintai,kita menjadi main,tapi
Di depan orang yang disukai,kita akan menunjukkan imej yang sebenar.

Kita tak boleh merenung mata orang yang dicintai tapi
Kita selalu merenung mata orang yang disukai
Bila orang yang dicintai menangis,kita turut menangis tapi
Bila orang yang disukai menangis,kita akan membuatkan dia gembira
Perasaan cinta bermula dari mata tapi
Perasaan suka bermula dari telinga
Jadi kalau berhenti menyukai seseorang,kita umpama membuang telinga
Tapi kalau cuba menutup mata,cinta berubah menjadi airmata.

Setiap orang akan mengalaminya dalam hidup.
Cuma..fikirkan sama-sama siapa yang anda CINTAI dan SUKAI?

Tetapi hakikatnya,
Cinta kepada Allah,
Cinta yang kekal abadi
Cinta yang hakiki

Kesimpulannya,
Cinta pada manusia,mati
Cinta pada bunga,layu
Cinta pada kumbang,mati
Tapi cinta pada Allah
Akan selama-lamanya…

                                                                                    Nukilan,
                                                                                    Nurul Auni (2S)

No comments:

Post a Comment