Pages
P e n g e n a l a n
Blog ini menghimpunkan karya-karya tulisan pelajar dari dua sekolah hebat dari dua negara iaitu SMKA Sultan Azlan Shah Seri Iskandar (Sekolah Kluster Kecemerlangan), Perak dan SMA Muhammadiyah 1 Yogyakarta, Indonesia. Semoga anda beroleh manfaat darinya...
13 Feb 2012
10 Feb 2012
DON’T WE ALL DESERVE TO DIE
Don’t we all deserve to die
Tell you
why filty people tell you why
Because
of all the human race
There
two kinds of people in the race
Seldom
would one be put in its proper place
Theirs
the one with only one face
Look at
me filty people
Look at
you!
Don’t we ll deserve to die
EVEN YOU
FILTY PEOPLE
Don’t
stop merely to ask why
Because
the lives of the wicked should be made brief
For the
rest of us
Death is
an eternal relieve
From
agony and grief
SYUKRAN YA USRATY
NUKILAN:MARYAM JAMELLAH NOH(5S)
Berat mataku,bagai ada batu-batu yang digantungkan di
kelopak mata ini.Terasa sakit yang menyucuk-nyucuk bagai dirobek-robek dengan
pisau,sakit yang teramat banyak terasa bisanya di bahu kiriku sehingga
merangsang mutiara-mutiara jernih di mataku laju turun melembabkan pipi yang
penuh dengan debu-debu.Aku menongkat langit bumi anbia.Memaksa otakku bekerja
keras ,berlari ligat mencari kebenaran.Kesakitan tadi merangsang reseptor
neutron aferan menghantar impuls ke saraf pusat.Dari system saraf pusat
menghantar impuls melalui neutron eferan ke efektor dan memori pahit itu ligat
menari di kotak mindaku sebagai tindak balas dari rangsangan itu.
Lambat angin padang pasir menampar pipiku.Bagai sudah biasa
dengan mayat-mayat yang bergelimpangan.Sekali-sekala ekor mataku ligat
memandang kanak-kanak sebayaku mengutip cebisan-cebisan manusia yang mati di
bom pagi tadi oleh tentera Amerika yang kejam,zalim dan melampau.Kanak-kanak
lelaki pula sibuk memegang senapang menunjukkan kebencian yang melampau.
Aku mungkin sudah biasa dengan panaroma ini.Sejak dilahirkan
aku sudah ditanam dengan perasaan benci pada penjajah.Atau memang sudah
ditentukan marcapada bumi anbia ini takkan sebebas camar diangkasa?Sudah padam
rasanya keinginan di hati ini untuk mengecapi kemerdekaan yang tinggal hanyalah
api yang menyala-nyala untuk membakar semua lasykar durjana itu.Hormon
adrenalina merembes dengan banyak.Jantungku pantas berdegup menggenggam tangan
yang terasa ringan.
Tiba-tiba kereta kebal megah menuju kearah kami.Mengacukan
meriam yang kalau sekalipun ditembak sekali maka pasti tiada berjumpalah isi
dengan tulang-tulang.Syhaheed laju lari melempar sebutir bom dengan laungan kebanggaan”Allahu
Akbar!Allahu Akbar!Allahu Akbar!”.Aku memejam mataku sedia menghadapi
kemungkinan-kemungkinan yang bakal terjadi.Bayangkan bom yang sebutir itu,mana
mungkin membunuh kereta kebak kebanggaan mereka.
“Smixs,lari!”Syhaheed menerpa dan terus memeluk aku.Perkara
yang mengagumkan ,kebesaran Allah terus kau kagumi bertambah-tambah kekaguman
aku atas kebesaran tuhan yang sentiasa membantu umat yang lemah.
“Ummi,Abi kereta kebal meletup.Syaheed lempar bom
tangan!”aku menceritakan pada ummi dan abi dengan bangga.Ummi dan abi hanya
tersenyum .Kadang-kadang aku cemburu.Cemburu pada mereka yang sebayaku.Mungkin
mereka sekarang lena dengan diulit mimpi berselimutkan gebar yang gebu
berbantalkan bantal yang enak dan tilam yang empuk.
Tapi aku,aku hanya berbantalakan lengan,diselimuti ketakutan
yang dicengkam oleh kuku-kuku besi dan tilam pepelap tamat yang
menyakitkan.Tidur malamku tidak pernah lena.Mimpi-mimpi menakutkan acap kali
datang menziarahiku.Ukhti dan akhi sudah lama meninggal.Agaknya pengalaman-pengalaman
inilah yang memotongkan aku lebih berganda-ganda dan umurku yang sebenar.Aku
pasrah.
“Smsix,Smsix,bangun!” Ummi kelam kabut mengejutku.Aku
hairan,namun langkahku tetap menuruti ummi.Abi dating memelukku,mencium dahiku
dan membisikkan kalimah bagai…tidak…tidak…tak mungkin amanat terakhirnya.”Ya
Allah,jauhilah aku dari berprasangka buruk”. Aku dan syaheed bergegas membuntuh
ummi.Pelbagai prasangka cuba aku tepis.
“Allah!”Langkah kami terhenti.Tindakan refleks itu
membuatkan abi menjerit.”Lari,lari,selamatkan diri antum semua,Allah!” Abi
menjerit kesakitan.Pandanganku ngeri.Kepala abi berlumuran darah .Akhirnya
cita-cita abi untuk mati syahid tercapai.Abi syahid,syahid diatas tanah
kelahirannya sendiri.Langit dan pasir-pasir menjadi saksi.Mentari yang galak
bersinar diselindungkan akan sedih,melihat mayat yang bergelimpangan.
Belum pun lelah kami berlari,tiba-tiba ummi
terduduk,memegang dada kirinya.Darah membuak-buak bagai air terjun.Terjelopok
ummi mengikut jejak langkah abi.Berkejaran laskar binatang kearah mayat ibu.Aku
dan Syaheen selamat di tempat perlindungan mencuri lihat mayat ummi
yangdiperlakukan bagai binatang.Baju ummi ditanggalkan ummi diseksa.Syaheed
bagaikan disuntik semangat baru merempuh askar-askar binatang.Aku hanya mampu
melihat,menitiskan air mata.Bersedia untuk kehilangan satu-satunya akhuwat yang
tinggal.
Syaheed ditembak.Berdas-das peluru menembusi tubuh
gagahnya.Bagaikan singa yang kelaparan,umpama melihat bidadari-bidadari
syaheeed menerpa.Akhirnya Syaheed syahid di medan jihad mempertahankan maruah
umminya.Askar-askar yang tidak berperikemanusiaan it uterus merobek-robek mayat
Syaheed sehingga tulang-tulang pertih yang terselindung di balik kulit-kulitnya
tersatah.Darah Syaheed dan ummi bergabung,tumpah dan bercampur menyiram padang
pasir yang kontang agar tumbuh subur mekar di hati pejuang-pejuang melihat
darah it uterus berjuang Fisabillillah.
SEBUAH KEINSAFAN
NUKILAN:FADHLIN SAKINA BT TERMIZI
Syamimi melepaskan pandangannya ke
arah kenderaan yang bertali arus di hadapan apartment dengan berat.Dia
terkenang kembali kisah silamnya yang penuh dengan dosa.
“Mimi cubalah pakai tudung ,sopan
sikit,kamu kan perempuan.Mak ini dah tua.Mimi bila mak dah tiada nanti siapa
yang nak nasihatkan kamu lagi”tutur Mak Imah diselangi dengan batuk.
“Ish,mak ni tak ‘sporting’lah,cuba tengok
Sofia mak dia tak kisah pun padahal perangai dia lagi teruk dari Mimi,lagipun
inilah pakaian zaman sekarang.Mimi tak nak jadi kolot macam mak.Sudahlah
mak,Mimi nak keluarlah ‘tension’duduk dalam rumah buruk ini,”balas Mimi.
“Mimi,kamu akan hadapi SPM tahun
ini,kalau kamu tak nak jadi macam mak,kamu berusaha lah dari sekarang.Kalau
tidak kamu juga yang menyesal nanti.Nasihat Mak Imah dengan penuh lemah-lembut.Walaupun
hatinya terguris dengan percakapan Symimi sebentar tadi.
“Mak,boleh tak kalau mak tak
membebel,eee…Mimi dah naik menyampahlah.”balas Mimi sambil melangkah keluar
dari rumah.Hampir terjelepok Mak Imah mendengar percakapan Mimi.Dia bagaikan
tidak percaya dengan apa yang didengarnya sebentar tadi.
“Assalamualaikum,hari ini saya ada
berita baik iaitu tempat Ustaz Kamal yang baru berpindah ke Pahang akan
digantikan oleh ustaz baru dari Kedah,namanya Ustaz Adam.”
“Eee…bencinya aku,baru sahaja si
Kamal itu pindah,sudahlah ganti dengan ustaz baru,apa nama dia?Adam ya,tengoklah,aku
akan buat dia pindah macam aku buat pada si Kamal dulu.”kata Mimi kepada Sofia.
“Ha a’ah lah, nanti mulalah berleter
panjang macam khutbah Jumaat pulak,mak aku pun tak kisah kalau aku pakai tudung
warna rambut”balas Sofia.
“Kau untunglah Sofia,mak kau
‘sporting’, mak aku ee… benci betul aku dekat orang tua itu asyik membebel 24
jam, kolot betul”, kata Mimi kepada Sofia.
“Kalau macam itu, apa kata balik
sekolah ini, kita singgah ‘shopping complex’ lepas itu kita belikan mak kau
hadiah, jadi lepas ini mesti mak kau tidak kisah dah!” cadang Sofia.
“Tapi Sofia aku mana ada duit nak
beli hadiah, duit belanja yang dia bagi pada aku pun tidak cukup, harapkan duit
yang Zack bagi pada aku sajalah” balas Mimi kembali.
“Rilekslah, aku kan ada kalau
setakat RM 500 itu, senang saja” , ucap Sofia.
Pulang dari sekolah, Syamimi membawa
sehelai baju kurung dan seutas rantai tangan untuk dihadiahkan kepada Mak Imah.
“Mak oo…mak, tengok ini apa yang
Mimi bawak balik”, tutur Mimi lembut.
“Ish, mana pula orang tua ini,” bisik
hati kecilnya.
Tiba-tiba dia ternampak sekujur
tubuh yang kaku sedang
terbaring di atas sejadah dan terdapat sepucuk surat
untuk Mimi di sebelah itu.
Mimi lantas membuka surat itu.
“Ke hadapan sayangku Intan Syamimi,
Maafkan mak kerana tidak mampu memberikan
kemewahan kepada Mimi.
Sebenarnya Mimi, mak menghidapi
kanser paru-paru.Mungkin inilah balasan Allah terhadap mak, kerana untuk
pengetahuan Mimi dahulu mak juga berperangai seperti Mimi, berpakaian seperti
Mimi dan mak juga merokok.Mimi, sebenarnya, maklah yang meninggalkan ayah kamu
bukan ayah kamu yang meninggalkan mak.Mak redha dengan semua dugaan ini, tapi
mak amat berharap agar Mimi dapat mengubah perangai Mimi sebab mak tidak mahu
Mimi menjadi seperti mak.Semoga Mimi berjaya di dunia dan akhirat.
Perlahan-lahan air mata Mimi gugur.
“Mak jangan tinggalkan Mimi,mak!,
jerit Mimi sepuas hati sambil merangkul tubuh kaku ibunya.
Salam sayang dari ibumu,
Sarimah Salim
Seminggu kemudian, Sofia dimasukkan
ke dalam unit kecemasan kerana dikenalpasti menghidap HIV positif.Tergamam
Syamimi mendengar berita itu.Dia turut bersimpati dengan Sofia walaupun dia
sudah tidak rapat dengan Sofia selepas kematian ibunya.
“Mimi, saya ucapkan takziah atas
kematian ibu awak,saya turut bersimpati dan saya harap awak tabah menghadapi
dugaan ini”,ujar Ustaz Adam yang agak rapat dengan Syamimi selepas kematian
ibunya.
“Saya minta maaf ustaz kerana dahulu
saya salah faham dengan ustaz”, kata Mimi kapada Ustaz Adam.
“Tidak mengapa Mimi semua orang
melakukan kesalahan yang penting awak teruskan perubahan awak dan berusaha
bersungguh-sungguh dalam SPM”, balas Ustaz Adam.
“Sudahlah Mimi, sampai bila lagi
kamu mahu meratapi pemergian ibu kamu itu.Kamu doakanlah semoga roh ibu kamu
ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman”, ujar Ustaz Adam.
Kring,kring,kring.Lamunannya
terhenti.
RACUN DAN PENAWAR
Dunia itu racun dan zuhud itu ubatnya.
Harta itu
racun dan zakat itu ubatnya.
Perkataan
yang sia-sia itu racun dan zikir itu ubatnya.
Seluruh
umur itu racun dan taat itu ubatnya.
Seluruh tahun itu racun dan bulan Ramadhan itu ubatnya.
PANGGILAN KUBUR
Kubur akan menyeru manusia 5 kali
sehari.
1) Aku rumah yang terpencil, maka
kamu akan senang dengan membaca Al Quran
2) Aku rumah yang gelap maka
terangilah aku dengan selalu melakukan solat malam
3) Aku rumah yang penuh dengan tanah
dan debu maka bawalah amal soleh sebagai hamparan
4) Aku rumah ular yang berbisa maka
bawalah amalan bismillah sebagai penawar
5) Aku rumah pertanyaan Munkar dan
Nakir maka banyaklah bacaan Lailahaillallah
6) Muhammadurrasullallah supaya kamu
dapat jawapan kepadanya.
CINTA ATAU SUKA
Di depan
orang yang kita cinta,hati akan berdegup kencang,tapi
Di depan
orang yang kita suka,kita akan gembira,
Di depan
orang yang kita cinta,musim sentiasa berbunga-bunga tapi
Di depan
orang yang kita sukai,musim sentiasa berangin,
Jika dilihat
di dalam mata orang yang disukai,kita akan tersenyum,
Di depan
orang yang dicintai,lidah kelu untuk berkata tapi,
Didepan
orang yang disukai,lidah akan berkata apa sahaja
Didepan
orang yang dicintai,kita menjadi main,tapi
Di depan
orang yang disukai,kita akan menunjukkan imej yang sebenar.
Kita tak
boleh merenung mata orang yang dicintai tapi
Kita
selalu merenung mata orang yang disukai
Bila orang
yang dicintai menangis,kita turut menangis tapi
Bila orang
yang disukai menangis,kita akan membuatkan dia gembira
Perasaan
cinta bermula dari mata tapi
Perasaan
suka bermula dari telinga
Jadi kalau
berhenti menyukai seseorang,kita umpama membuang telinga
Tapi kalau
cuba menutup mata,cinta berubah menjadi airmata.
Setiap
orang akan mengalaminya dalam hidup.
Cuma..fikirkan
sama-sama siapa yang anda CINTAI dan SUKAI?
Tetapi
hakikatnya,
Cinta
kepada Allah,
Cinta yang
kekal abadi
Cinta yang
hakiki
Kesimpulannya,
Cinta pada
manusia,mati
Cinta pada
bunga,layu
Cinta pada
kumbang,mati
Tapi cinta
pada Allah
Akan selama-lamanya…
Nukilan,
Nurul
Auni (2S)
Subscribe to:
Posts (Atom)







